Sunday, June 12, 2011

Andaikata Usia Haji Hadi Tidak Panjang….. PAS Akan Dipimpin Oleh Golongan Bukan Ulama’. Agenda Peribadi Anwar Tercapai Sudah!!

Monday, June 6, 2011







Sejenak terfikir dibenak fikiran ini, apakah nasib sebuah parti yang dahulunya dilihat islamik, asal sebut sahaja PAS akan terbayanglah wajah wajah pak kopiah berjubah… Tapi sekarang ini semuanya sudah berubah! Sejajar dengan laungan DAP yang berkempen JOM Ubah….


Selesai sudah sesi pemilihan pucuk pimpinan PAS dalam Muktamar ke 57 yang melabuhkan tirainya semalam. Keputusan sudah dicapai dan ditentukan oleh para perwakilan PAS yang datang dari seluruh pelusuk tanahair.


Barisan kepimpinan PAS dikuasai 70% golongan bukan ulama’. Mereka ini adalah golongan professional yang agak liberal dan mudah didekati oleh pendokong fahaman DAP…


Kekalahan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam percubaannya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden adalah bibit bibit kepupusan penguasaan golongan ulama’ dalam PAS! Ditambah pula dengan kejayaan cemerlang beberpa individu pimpinan PAS yang telah diliwat minda mereka dengan fahaman Anwarisme memenangi kesemua 3 kerusi Naib Presiden…. Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa.


Manakala dalam senarai pimpinan AJK PAS Pusat pula, secara terang terang disaksikan lebih 60% yang terpilih terdiri daripada golongan Anwarisme…!


1. Mazlan Aliman 804 undi – pro Anwar


2. Dr Hatta Ramli 765 undi – pro Anwar


3. Kamaruddin Jaafar 739 undi – pro Anwar


4. Hanipa Maidin 735 undi – pro Anwar


5. Dr Dzulkefli Ahmad 702 undi – pro Anwar


6. Mujahid Yusuf Rawa 651 undi – pro ulama’


7. Khalid Samad 643 undi - pro Anwar


8. Ust Ghani Shamsuddin 579 undi – pro ulama’


9. Ir Amiruddin Hamzah 576 undi - pro Anwar


10. Abdul Wahid Endut 556 undi - pro Anwar


11. Ust Abu Bakar Chik 527 undi – pro Ulama’


12. Ust Amar Abdullah 470 undi – pro Ulama’


13. Dr Mahfodz Mohamad 449 undi - pro Ulama’


14. Dr Siti Mariah Mahmud 445 undi - pro Anwar


15. Dr Hassan Ali 437 undi - pro Ulama’


16. Ust Ghani Abd Rahman 430 undi - pro Ulama’


17. Ust Azizan Razak MB Kedah 421 undi – pro Ulama’


18. Ustazah Nuridah Salleh 416 undi – pro Ulama’


Cuba kita perhatikan cara pengundian yang diberikan kepada pemimpin yang mereka pilih… Di Selangor, walaupun Hassan Ali adalah Pesuruhjaya PAS namun undian Khalid Samad jauh lebih tinggi dari Hassan Ali. Akibat dari sikap Hassan Ali yang tidak begitu intim dengan Khalid Gagap, Ronnie Liu dan Teresa Kok maka beliau dihukum…!


Begitu juga dengan nasib MB Kedah yang dikenal pasti tidak begitu “mesra” dengan Anwar Ibrahim. Maka, undian Ir Amiruddin Hamzah jauh lebih baik dan jangan lupa bahawa Mahfuz Omar dari Kedah menang kerusi Naib Presiden dengan cemerlang!


Masa depan PAS akan dibawa oleh PKR dan DAP…! Barisan kepimpinan yang diputuskan oleh perwakilan mereka yang selesai bersidang semalam memberikan isyarat bahawa PAS sedia mengangkat Anwar Ibrahim sebagai KHALIFAH mereka….!

No comments: