Loading...

Wednesday, January 23, 2013

Majlis Pengagihan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 23/1 di Sekolah Kebangsaan Raja Lumu





文告


(吉隆坡23日讯)马华雪兰莪州联委会副秘书拿督郑有文说,世界顶级的大学之一,即中国厦门大学将在大马设立分校,显示出大马在过去50多年以来,在国外有着良好的形象与口碑,而且只要我国继续保持和平及稳定的局势,大马将有能力成为本区域最有竞争力的国家之一。
他说,因此人民应该继续给予首相纳吉及国阵政府全力的支持,让首相推动的政府丶政治及经济转型计划,得以全面展开。
他说,日前首相纳吉宣布中国厦门大学将在大马设立分校,预计2015年投入运作,校地设在沙叻丁宜,占地150英亩,对于国人来说都是一个天大的好消息。
他说,这次也是中国首次在中国境外设立大学分校,在我国创立该项历史,对马中关系而言是一项有意义的发展。
他指出,在首相纳吉的领导下,我国最近数年与中国来往密切,对于国家的经济带来重大的好处。
他说,中国与大马有着友好的关系,很大原因是因为我国华裔拥有良好的文化传承,而且这里各宗教和文化都获得自由与保障,适合各种族各国籍人士的居住与投资。
“相反的,看看由伊斯兰党执政的吉打州,最近竟然出现禁止成年女性在新春团拜上公开演出,假设民联一旦执政中央后便在全国性落实,这肯定将会吓跑外资,特别是中国商家。”
他说,伊党一而在于民联执政的州属落实神权政策,这也显示行动党无法控制伊斯兰党。
也是雪州国阵青年团宣传局主任的郑有文抨击伊斯兰党精神领袖聂阿兹,日前说非穆斯林能用“阿拉”字眼,随后,伊斯兰党宗教协商理事会议决,非穆斯林不能在刊物文章中,使用“阿拉”字眼后,前者即改口。
“伊斯兰党领袖是看场合及时机说话,而神权治国是可怕的,因为你没有机会辩论,立法也无法保障你的权利,一切由宗教协商理事会说了算。”
他说,伊斯兰党要以“阿拉伯之春”的人民集会来更换政府,人民必须想清楚,因为民联三党至少到目前为止都没有达成一个共识,各怀鬼胎。
“有些华人会认为禁酒禁赌是好事,但当你开始放弃一点权利时,你将会发现到未来会失去更多的权利。”

Tuesday, January 22, 2013

Teks ucapan di SMK (C)Rajina


Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan  selamat datang kepada semua yang hadir pada hari ini.
Pada majlis ini,saya ingin menerangkan BRIM2.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2013.Dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri telah menyatakan kerajaan akan melaksanakan program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)buat kali kedua yang juga dikenali sebagai BRIM2.0.BRIM kali ini bakal membabitkan golongan bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2000 sebulan,yang akan menerima bantuan RM 250.BRIM 2.0 akan membabitkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun ini.Pemberian ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.
Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang bukanlah satu langkah populis,malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus Negara yang berhemah.
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,
Untuk makluman semua,bantuan ini merupakan usaha terbaik kerajaan dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat.Malahan bantuan seumpama ini lebih baik daripada pemberian subsidi yang selalu diberikan.Misalnya,pemberian subsidi lain seperti minyak ,gula dan sebagainya kerana orang kaya juga menikmati bantuan ini.Dengan kata lain,pemberian BRIM adalah menyeluruh dan ia sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.
Selain itu,BRIM adalah percubaan terbaik dan saya berharap ianya akan diteruskan pada masa akan datang.Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri September yang lalu adalah menyeluruh dan realistik.Bajet 2013 ini adalah mesra rakyat kerana menyentuh hampir semua faktor .Pemberian bantuan dan subsidi adalah terperinci seperti bantuan kepada orang kurang upaya(OKU),warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan.
Di samping itu juga kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan menengah yang merangkumi bantuan geran perkapita,bantuan makanan asrama ,Rancangan Makanan Tambahan ,pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.Untuk ini,sebanyak 2.6 bilion ringgit diperuntukan pada tahun 2013.Bantuan ii dibayar pada bulan ini dan bemanfaat kepada 5.4 juta pelajar melibatkan peruntukan sebanyak 540 juta ringgit.
Kerajaan juga amat prihatin akan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak.Bagi membantu meringankan tanggungan kewangan ibu bapa ,kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sedia ada bagi pendidikan tinggi anak-anak sebanyak 4000 ringgit seorang sekarang ini,dinaikkan kepada 6000 ringgit mulai tahun taksiran 203.Langkah ini menunjukkan komitmen dan tumpuan kerajaan ke atas pelaburan bagi meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat negara  pada masa hadapan.
Tuan-tuan dan puan-puan  sekalian,

Saya mendapati bahawa rakyat semakin yakin dan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang sedang melakukan pelbagai tranformasi untuk pembangunan Negara dan kesejahteraan rakyat.Pelbagai program seperti BRIM ,Kedai Rakyat 1 Malaysia(KRIM),kedai Menu Rakyat(KMRM),Bantuan Persekolahn 1 Malaysia (BPIM),dilihat ternyata mendapat sambutan rakyat di seluruh Negara dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat.
Sesungguhnya tindakan kerajaan ini patut diterima secara positif atas kesedaran sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk mengambil berat kebajikan rakyat.Malahan bantuan ini wajar dalam keadaan di mana kos kehidupan semakin meningkat.Malaysia kini dalam proses peralihan daripada berstatus sederhana kepada Negara maju menjelang tahun 2020.Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Memahami keperitan golongan ini,Perdana Menteri merasakan perlunya satu mekanisme dalam mengagihkan faedah yang diperoleh semasa pertumbuhan ekonomi yang dikecapi dalam proses Negara maju.Di sinilah terletaknya peranan BRIM sebagai atumekanisme pengagihan .Ini dapat membuatkan tekanan yang dihadapi rakyat akibat tranformasi yang dialami semasa proses peralihan itu dikendurkan.
Akhir sekali,kejayaan transformasi politik dan ekonomi bergantung kepada sokongan rakyat dan oleh itu kerajaan mencari jalan untuk membantu dan meringankan beban rakyat .



SEKIAN TERIMA KASIH.    

Monday, January 21, 2013

teks ucapan

Teks Ucapan:

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah SMK Dato Hamzah yang telah membuat persiapan yang sungguh rapi bagi menjayakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013.
Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian,
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Malaysia yang telah memberi bantuan awal persekolahan kepada semua murid di Malaysia di peringkat rendah dan menengah.Kerajaan membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.
Hadirin sekalian,
Pemberian Bantuan Awal Persekolahan RM100 ini merupakan tahun kedua yang diberikan kepada seluruh murid di Malaysia.Pelajar yang layak menerima bantuan RM100 mestilah murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.Bagi murid yang bukan warganegara kerajaan tidak menyediakan peruntukan.Diharapkan guru-guru dapat memaklumkan kepada murid yang bukan warganegara kepada mereka tidak layak menerima bantuan RM100.Sesetengah ibu bapa dan murid tidak faham dan ianya perlu dijelaskan untuk mengelakkan berlakuan kekeliruan dan salah faham.
  Hadirin sekalian,
Tempoh pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan tahun 2013 sahaja mengikut belanjawan yang telah dibentangkan pada tahun 2012.Agihan bantuan kepada sekolah telah bermula secara peringkat pada 15 Januari 2013.
Diharapkan murid-murid dapat menggunakan bantuan RM 100 ini sebaik mungkin seperti membeli buku rujukan dan peralatan sekolah yang boleh digunakan dalam pembelajaran murid .Ibu bapa pastikan duit bantuan yang anak dapat pada hari ini digunakan bagi tujuan persekolahan  dan diharapkan ibu bapa tidak mengambil duit anak-anak untuk tujuan peribadi.
Hadirin yang dihormati  sekalian,
Diharapkan bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan menjadi pemangkin kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum terutamanya.Jangan jadikan alasan kewangan yang menyebabkan kita tercicir di dalam persekolahan dan malas untuk memajukan diri.Seringkali kita dengar apabila guru meminta pelajar membayar sejumlah wang untuk membeli buku misalnya,pelajar memberi alasan tiada duit.Untuk itu,saya berharapkan pelajar menggunakan bantuan ini dengan perkara yang baik yang dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.Orang yang tidak Berjaya adalah yang banyak memberi alasan daripada membuat sesuatu tindakan.
Sekian saja ucapan saya pada hari ini.Saya mengharapkan murid-murid dan guru-guru sentiasa berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana dapat menjalankan  program pada hari dengan jaya.
Sekian,terima kasih.