Thursday, October 1, 2009

malaysiakini:Siapa yang patut dijadikan calon BAGAN PINANG!


Baru-baru ini saya bertanya dengan kawan2 di Bagan Pinang , apa sebabnya Tan Sri Mohd Isa dipilih menjadi calon sedangkan beliau adalah orang lama yang dah pernah memegang jawatan tertinggi dalam Dewan Undangan Negeri. apa tak lagi matan PM Tun Mahathir jua tak sokong beliau dicalonkan!

Saya terkejut jawapan yang diberikan oleh sahabat saya ini, teman ini mengatakan Tan Sri suami isteri adalah anak kelahiran Bagan Pinang, sewaktu beliau memenangi ADUN kawasan tersebut sehingga menjadi MB negeri Sembilan, masalah rakyat dan kesengsaraan rakyat tak kira bangsa dan agama senantiasa dalam hati beliau , dalam waktu beliau menjawat jawatan ADUN atau YAB masih begitu prihatin terhadap penduduk tempatan. walaupun pangkatnya tinggi tetapi perangainya begitu rendah hati , bak kata pepatah ibarat resmi padi semakin berisi semakin tunduk .

Bangsa cina dan bangsa india disana jua masih menyokong beliau walaupun beliau pernah dibekukan keanggotaannya dalam UMNO. saya tertanya-tanya takkan pengundi disana sanggup maafkan beliau dalam kesalahannya dalam pemilihan UMNO?

Mereka menjawap yang lepas dah lepas,sesat di tengah jalan, balik kepangkal jalan. walaupun beliau pernah disabit salah tetapi segala perkhidmatan dan sumbangan beliau dalam memajukan Negeri Sembilan adalah lebih besar dari segala-galanya. yakni Bandar Baru Nilai adalah contoh yang paling baik.

Setiap pemilihan calon dalam pilihan kecil sentiasa kecok apabila pemimpin masing-masing tidak terpilih, akhirnya ramai penyokong tidak menyokong calon tersebut walaupun dalan Parti yang sama. Namun di Bagan Pinang, semua pemimpin UMNO sanggup tidak merebut peluang ini dan sebulat suara menyokong Tan Sri Mohd Isa.

Pepatah cina berbunyi " siapa yang dapat hati (sokongan) rakyat, siapalah yang akan memiliki dunia".

Saya berharap sungguh, apa yang saya dengar daripada semua teman ini akan menjadi kenyataan. Semoga negara kita sentiasa aman sentosa dan maju selama-lamanya. Dirgahayu Malaysiaku!!!!

No comments: