Wednesday, January 30, 2013
Monday, January 28, 2013
Friday, January 25, 2013
Wednesday, January 23, 2013
文告
(吉隆坡23日讯)马华雪兰莪州联委会副秘书拿督郑有文说,世界顶级的大学之一,即中国厦门大学将在大马设立分校,显示出大马在过去50多年以来,在国外有着良好的形象与口碑,而且只要我国继续保持和平及稳定的局势,大马将有能力成为本区域最有竞争力的国家之一。
他说,因此人民应该继续给予首相纳吉及国阵政府全力的支持,让首相推动的政府丶政治及经济转型计划,得以全面展开。
他说,日前首相纳吉宣布中国厦门大学将在大马设立分校,预计2015年投入运作,校地设在沙叻丁宜,占地150英亩,对于国人来说都是一个天大的好消息。
他说,这次也是中国首次在中国境外设立大学分校,在我国创立该项历史,对马中关系而言是一项有意义的发展。
他指出,在首相纳吉的领导下,我国最近数年与中国来往密切,对于国家的经济带来重大的好处。
他说,中国与大马有着友好的关系,很大原因是因为我国华裔拥有良好的文化传承,而且这里各宗教和文化都获得自由与保障,适合各种族各国籍人士的居住与投资。
“相反的,看看由伊斯兰党执政的吉打州,最近竟然出现禁止成年女性在新春团拜上公开演出,假设民联一旦执政中央后便在全国性落实,这肯定将会吓跑外资,特别是中国商家。”
他说,伊党一而在于民联执政的州属落实神权政策,这也显示行动党无法控制伊斯兰党。
也是雪州国阵青年团宣传局主任的郑有文抨击伊斯兰党精神领袖聂阿兹,日前说非穆斯林能用“阿拉”字眼,随后,伊斯兰党宗教协商理事会议决,非穆斯林不能在刊物文章中,使用“阿拉”字眼后,前者即改口。
“伊斯兰党领袖是看场合及时机说话,而神权治国是可怕的,因为你没有机会辩论,立法也无法保障你的权利,一切由宗教协商理事会说了算。”
他说,伊斯兰党要以“阿拉伯之春”的人民集会来更换政府,人民必须想清楚,因为民联三党至少到目前为止都没有达成一个共识,各怀鬼胎。
“有些华人会认为禁酒禁赌是好事,但当你开始放弃一点权利时,你将会发现到未来会失去更多的权利。”
Tuesday, January 22, 2013
Teks ucapan di SMK (C)Rajina
Salam
sejahtera dan salam satu Malaysia.
Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang
kepada semua yang hadir pada hari ini.
Pada majlis
ini,saya ingin menerangkan BRIM2.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2013.Dalam Bajet
2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri telah menyatakan kerajaan akan
melaksanakan program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)buat kali kedua yang juga
dikenali sebagai BRIM2.0.BRIM kali ini bakal membabitkan golongan bujang yang
berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2000 sebulan,yang
akan menerima bantuan RM 250.BRIM 2.0 akan membabitkan peruntukan RM3 bilion dan
mula dibayar awal tahun ini.Pemberian ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta
isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.
Hakikatnya
bantuan kepada isi rumah dan individu bujang bukanlah satu langkah
populis,malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu
mengurus Negara yang berhemah.
Tuan-tuan dan
puan-puan hadirin sekalian,
Untuk
makluman semua,bantuan ini merupakan usaha terbaik kerajaan dalam menyampaikan
bantuan kepada rakyat.Malahan bantuan seumpama ini lebih baik daripada
pemberian subsidi yang selalu diberikan.Misalnya,pemberian subsidi lain seperti
minyak ,gula dan sebagainya kerana orang kaya juga menikmati bantuan ini.Dengan
kata lain,pemberian BRIM adalah menyeluruh dan ia sampai kepada rakyat yang
benar-benar memerlukan.
Selain
itu,BRIM adalah percubaan terbaik dan saya berharap ianya akan diteruskan pada
masa akan datang.Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri September
yang lalu adalah menyeluruh dan realistik.Bajet 2013 ini adalah mesra rakyat
kerana menyentuh hampir semua faktor .Pemberian bantuan dan subsidi adalah
terperinci seperti bantuan kepada orang kurang upaya(OKU),warga emas dan
mereka yang kurang berkemampuan.
Di samping
itu juga kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama mereka yang
datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan menengah yang merangkumi
bantuan geran perkapita,bantuan makanan asrama ,Rancangan Makanan Tambahan
,pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.Untuk ini,sebanyak
2.6 bilion ringgit diperuntukan pada tahun 2013.Bantuan ii dibayar pada bulan
ini dan bemanfaat kepada 5.4 juta pelajar melibatkan peruntukan sebanyak 540 juta
ringgit.
Kerajaan
juga amat prihatin akan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak.Bagi membantu
meringankan tanggungan kewangan ibu bapa ,kerajaan mencadangkan pelepasan cukai
sedia ada bagi pendidikan tinggi anak-anak sebanyak 4000 ringgit seorang
sekarang ini,dinaikkan kepada 6000 ringgit mulai tahun taksiran 203.Langkah ini
menunjukkan komitmen dan tumpuan kerajaan ke atas pelaburan bagi meningkatkan
tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat negara pada masa hadapan.
Tuan-tuan dan
puan-puan sekalian,
Saya
mendapati bahawa rakyat semakin yakin dan terus menyokong kepimpinan Perdana
Menteri yang sedang melakukan pelbagai tranformasi untuk pembangunan Negara dan
kesejahteraan rakyat.Pelbagai program seperti BRIM ,Kedai Rakyat 1
Malaysia(KRIM),kedai Menu Rakyat(KMRM),Bantuan Persekolahn 1 Malaysia
(BPIM),dilihat ternyata mendapat sambutan rakyat di seluruh Negara dalam usaha
kerajaan meringankan beban rakyat.
Sesungguhnya
tindakan kerajaan ini patut diterima secara positif atas kesedaran sudah
menjadi kewajipan kerajaan untuk mengambil berat kebajikan rakyat.Malahan
bantuan ini wajar dalam keadaan di mana kos kehidupan semakin
meningkat.Malaysia kini dalam proses peralihan daripada berstatus sederhana
kepada Negara maju menjelang tahun 2020.Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan
kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Memahami
keperitan golongan ini,Perdana Menteri merasakan perlunya satu mekanisme dalam
mengagihkan faedah yang diperoleh semasa pertumbuhan ekonomi yang dikecapi
dalam proses Negara maju.Di sinilah terletaknya peranan BRIM sebagai
atumekanisme pengagihan .Ini dapat membuatkan tekanan yang dihadapi rakyat akibat
tranformasi yang dialami semasa proses peralihan itu dikendurkan.
Akhir
sekali,kejayaan transformasi politik dan ekonomi bergantung kepada sokongan
rakyat dan oleh itu kerajaan mencari jalan untuk membantu dan meringankan beban
rakyat .
Monday, January 21, 2013
teks ucapan
Teks Ucapan:
Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah SMK Dato Hamzah
yang telah membuat persiapan yang sungguh rapi bagi menjayakan Majlis
Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013.
Tuan-tuan
dan Puan-puan hadirin sekalian,
Kita sebagai
rakyat Malaysia seharusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
Kerajaan Malaysia yang telah memberi bantuan awal persekolahan kepada semua
murid di Malaysia di peringkat rendah dan menengah.Kerajaan membelanjakan
sejumlah wang yang besar bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada
awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.
Hadirin
sekalian,
Pemberian
Bantuan Awal Persekolahan RM100 ini merupakan tahun kedua yang diberikan kepada
seluruh murid di Malaysia.Pelajar yang layak menerima bantuan RM100 mestilah
murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.Bagi murid yang
bukan warganegara kerajaan tidak menyediakan peruntukan.Diharapkan guru-guru
dapat memaklumkan kepada murid yang bukan warganegara kepada mereka tidak layak
menerima bantuan RM100.Sesetengah ibu bapa dan murid tidak faham dan ianya
perlu dijelaskan untuk mengelakkan berlakuan kekeliruan dan salah faham.
Hadirin
sekalian,
Tempoh pelaksanaan
bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan tahun 2013 sahaja mengikut belanjawan
yang telah dibentangkan pada tahun 2012.Agihan bantuan kepada sekolah telah
bermula secara peringkat pada 15 Januari 2013.
Diharapkan
murid-murid dapat menggunakan bantuan RM 100 ini sebaik mungkin seperti membeli
buku rujukan dan peralatan sekolah yang boleh digunakan dalam pembelajaran
murid .Ibu bapa pastikan duit bantuan yang anak dapat pada hari ini digunakan
bagi tujuan persekolahan dan diharapkan
ibu bapa tidak mengambil duit anak-anak untuk tujuan peribadi.
Hadirin yang
dihormati sekalian,
Diharapkan
bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan menjadi pemangkin kecemerlangan
murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum terutamanya.Jangan jadikan alasan kewangan yang menyebabkan kita tercicir di dalam persekolahan dan malas
untuk memajukan diri.Seringkali kita dengar apabila guru meminta pelajar membayar
sejumlah wang untuk membeli buku misalnya,pelajar memberi alasan tiada
duit.Untuk itu,saya berharapkan pelajar menggunakan bantuan ini dengan perkara
yang baik yang dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.Orang yang
tidak Berjaya adalah yang banyak memberi alasan daripada membuat sesuatu
tindakan.
Sekian saja
ucapan saya pada hari ini.Saya mengharapkan murid-murid dan guru-guru sentiasa
berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.Sekali lagi saya
mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana dapat menjalankan program pada hari dengan jaya.
Sekian,terima
kasih.
Friday, January 18, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)