Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah SMK Dato Hamzah
yang telah membuat persiapan yang sungguh rapi bagi menjayakan Majlis
Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013.
Tuan-tuan
dan Puan-puan hadirin sekalian,
Kita sebagai
rakyat Malaysia seharusnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak
Kerajaan Malaysia yang telah memberi bantuan awal persekolahan kepada semua
murid di Malaysia di peringkat rendah dan menengah.Kerajaan membelanjakan
sejumlah wang yang besar bagi meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada
awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid.
Hadirin
sekalian,
Pemberian
Bantuan Awal Persekolahan RM100 ini merupakan tahun kedua yang diberikan kepada
seluruh murid di Malaysia.Pelajar yang layak menerima bantuan RM100 mestilah
murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.Bagi murid yang
bukan warganegara kerajaan tidak menyediakan peruntukan.Diharapkan guru-guru
dapat memaklumkan kepada murid yang bukan warganegara kepada mereka tidak layak
menerima bantuan RM100.Sesetengah ibu bapa dan murid tidak faham dan ianya
perlu dijelaskan untuk mengelakkan berlakuan kekeliruan dan salah faham.
Hadirin
sekalian,
Tempoh pelaksanaan
bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan tahun 2013 sahaja mengikut belanjawan
yang telah dibentangkan pada tahun 2012.Agihan bantuan kepada sekolah telah
bermula secara peringkat pada 15 Januari 2013.
Diharapkan
murid-murid dapat menggunakan bantuan RM 100 ini sebaik mungkin seperti membeli
buku rujukan dan peralatan sekolah yang boleh digunakan dalam pembelajaran
murid .Ibu bapa pastikan duit bantuan yang anak dapat pada hari ini digunakan
bagi tujuan persekolahan dan diharapkan
ibu bapa tidak mengambil duit anak-anak untuk tujuan peribadi.
Hadirin yang
dihormati sekalian,
Diharapkan
bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan menjadi pemangkin kecemerlangan
murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum terutamanya.Jangan jadikan alasan kewangan yang menyebabkan kita tercicir di dalam persekolahan dan malas
untuk memajukan diri.Seringkali kita dengar apabila guru meminta pelajar membayar
sejumlah wang untuk membeli buku misalnya,pelajar memberi alasan tiada
duit.Untuk itu,saya berharapkan pelajar menggunakan bantuan ini dengan perkara
yang baik yang dapat meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar.Orang yang
tidak Berjaya adalah yang banyak memberi alasan daripada membuat sesuatu
tindakan.
Sekian saja
ucapan saya pada hari ini.Saya mengharapkan murid-murid dan guru-guru sentiasa
berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.Sekali lagi saya
mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana dapat menjalankan program pada hari dengan jaya.
Sekian,terima
kasih.
No comments:
Post a Comment