Tuesday, January 22, 2013

Teks ucapan di SMK (C)Rajina


Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan  selamat datang kepada semua yang hadir pada hari ini.
Pada majlis ini,saya ingin menerangkan BRIM2.0 Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2013.Dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri telah menyatakan kerajaan akan melaksanakan program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM)buat kali kedua yang juga dikenali sebagai BRIM2.0.BRIM kali ini bakal membabitkan golongan bujang yang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2000 sebulan,yang akan menerima bantuan RM 250.BRIM 2.0 akan membabitkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun ini.Pemberian ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.
Hakikatnya bantuan kepada isi rumah dan individu bujang bukanlah satu langkah populis,malah manifestasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu mengurus Negara yang berhemah.
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,
Untuk makluman semua,bantuan ini merupakan usaha terbaik kerajaan dalam menyampaikan bantuan kepada rakyat.Malahan bantuan seumpama ini lebih baik daripada pemberian subsidi yang selalu diberikan.Misalnya,pemberian subsidi lain seperti minyak ,gula dan sebagainya kerana orang kaya juga menikmati bantuan ini.Dengan kata lain,pemberian BRIM adalah menyeluruh dan ia sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.
Selain itu,BRIM adalah percubaan terbaik dan saya berharap ianya akan diteruskan pada masa akan datang.Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri September yang lalu adalah menyeluruh dan realistik.Bajet 2013 ini adalah mesra rakyat kerana menyentuh hampir semua faktor .Pemberian bantuan dan subsidi adalah terperinci seperti bantuan kepada orang kurang upaya(OKU),warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan.
Di samping itu juga kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan menengah yang merangkumi bantuan geran perkapita,bantuan makanan asrama ,Rancangan Makanan Tambahan ,pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.Untuk ini,sebanyak 2.6 bilion ringgit diperuntukan pada tahun 2013.Bantuan ii dibayar pada bulan ini dan bemanfaat kepada 5.4 juta pelajar melibatkan peruntukan sebanyak 540 juta ringgit.
Kerajaan juga amat prihatin akan bebanan kos pendidikan tinggi anak-anak.Bagi membantu meringankan tanggungan kewangan ibu bapa ,kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sedia ada bagi pendidikan tinggi anak-anak sebanyak 4000 ringgit seorang sekarang ini,dinaikkan kepada 6000 ringgit mulai tahun taksiran 203.Langkah ini menunjukkan komitmen dan tumpuan kerajaan ke atas pelaburan bagi meningkatkan tahap pendidikan generasi muda yang akan memberi manfaat negara  pada masa hadapan.
Tuan-tuan dan puan-puan  sekalian,

Saya mendapati bahawa rakyat semakin yakin dan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri yang sedang melakukan pelbagai tranformasi untuk pembangunan Negara dan kesejahteraan rakyat.Pelbagai program seperti BRIM ,Kedai Rakyat 1 Malaysia(KRIM),kedai Menu Rakyat(KMRM),Bantuan Persekolahn 1 Malaysia (BPIM),dilihat ternyata mendapat sambutan rakyat di seluruh Negara dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat.
Sesungguhnya tindakan kerajaan ini patut diterima secara positif atas kesedaran sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk mengambil berat kebajikan rakyat.Malahan bantuan ini wajar dalam keadaan di mana kos kehidupan semakin meningkat.Malaysia kini dalam proses peralihan daripada berstatus sederhana kepada Negara maju menjelang tahun 2020.Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Memahami keperitan golongan ini,Perdana Menteri merasakan perlunya satu mekanisme dalam mengagihkan faedah yang diperoleh semasa pertumbuhan ekonomi yang dikecapi dalam proses Negara maju.Di sinilah terletaknya peranan BRIM sebagai atumekanisme pengagihan .Ini dapat membuatkan tekanan yang dihadapi rakyat akibat tranformasi yang dialami semasa proses peralihan itu dikendurkan.
Akhir sekali,kejayaan transformasi politik dan ekonomi bergantung kepada sokongan rakyat dan oleh itu kerajaan mencari jalan untuk membantu dan meringankan beban rakyat .



SEKIAN TERIMA KASIH.    

No comments: