Tuesday, July 28, 2009

Sisatan Menyeluruh Patut Diadakan Segera Atas Kematian TEOH......

Tiba-tiba hangat di internet mengenai kemunculan sebuah blog misteri yang yang mendakwa kematian mengejut pembantu Exco Selangor,Teoh Beng Hock mungkin ada kaitan dengan kegiatan songlap peruntukkan kerajaan negeri oleh kalangan ADUN DAP.

Pengendali blog itu tidak diketahui.Kewujudan blog ini telah disebarkan menerusi email. Agendadaily turut menerimanya. Nama blog itu - Truth for Teoh Beng Hock mengunakan alamat http://t4tbh.blogspot.com/.

Blog yang mendakwa kebenaran akan didedahkan itu kata ia bertujuan untuk membersihkan nama Teoh. Apa yang menarik blog itu mendakwa ia hendak membongkar bagaimana mendiang Teoh telah membuat salinan dokumen yang boleh mendedahkan kegiatan ‘merompak’ dan ‘melenyapkan’ peruntukan kerajaan oleh kalangan ADUN DAP di Selangor.

Membaca tulisan yang baru tiga siri itu, budak sekolah rendah pun boleh hidu penulis cuba beri gambaran yang boleh menimbulkan syak wasangka kemungkinan kematian Teoh tidak boleh ditolak ada kaitan dengan kegiatan itu.

Ramai orang akan terlopong membaca pendedahan yang dibuat. Ini kerana DAP yang selama ini mendakwa ia cukup benci dengan amalan salah guna kuasa dan penyelewengan, dalam tempoh satu tahun berkuasa mempunyai modus operandi ‘songlap’ duit kerajaan secara teratur. Penulis blog mendakwa DAP buat kerja mencuri duit rakyat tanpa pengetahuan rakannya PKR dan PAS di negeri itu. DAP menurut pengendali blog itu bukan sahaja tipu rakyat dan curi duit rakyat tapi turut tipu komponen pakatan pembangkang tersebut.

Ikut tulisan blog itu setiap ADUN pembangkang diberikan RM500,000 untuk projek-projek kecil di kawasan masing-masing. Penulis blog itu mendakwa mendiang Teoh terlibat dengan ‘penyelewengan’ wang tersebut kerana dipaksa oleh dua Exco iaitu bosnya Ean Yong dan Ronnie Liu.

Mendiang Teoh dikatakan tidak setuju dengan perbuatan dua Exco berkenaan dan untuk melindungi dirinya, beliau membuat salinan semua dokumen-dokumen palsu dan syarikat-syarikat yang menubuhkan oleh DAP. Beliau kemudian dikatakan menyerahkan hard disk yang mengandungi semua maklumat terperinci tersebut kepada seseorang yang kemudian berazam untuk membongkarkan kegiatan rasuah oleh DAP di Selangor. Paling menarik dalam tulisan tersebut, nama Ronnie merupakan subjek paling popular yang didedahkan oleh penulis berkenaan.

Mana tidaknya, bagi tempoh tahun 2008 (sejak kerajaan negeri ditubuh Mac 2008 hingga Disember 2008 – sembilan bulan sahaja) daripada 172 projek bagi DUN Sg Pelek, 83 projek didakwa telah dianugerahkan kepada seorang yang bernama Wong Chuan How. DUN Sungai Pelek sebenarnya diwakili oleh wakil rakyat MCA Yap Ee Wah. Dalam blog itu ditulis Ronnie Liu sebagai wakil rakyat.

Ronnie yang juga ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor ialah ADUN kawasan Pandamaran. Mungkin maksud penulis itu di sini ialah Ronnie ‘ jaga ‘ kawasan itu bagi pihak DAP kerana wakil rakyatnya BN. Walaupun kerajaan negeri Selangor memberitahu semua projek akan diberi secara tender tetapi berdasarkan maklumat yang ditinggalkan mendiang Teoh, hanya beberapa orang dan syarikat sapu bersih projek melalui peruntukan ADUN.

Contohnya daripada peruntukan RM500,000 yang diperuntukan untuk Ronnie hampir separuh iaitu RM216,950 telah dianugerahkan kepada Wong Chuan How. Bagi membuktikan dakwaan tersebut penulis telah menyiarkan salinan senarai projek dan program yang diberikan oleh Ronnie kepada Wong Chuan How dan Perniagaan Seri Makmur, Era Terbilang Enterprise, Era Gemilang Enterprise dan beberapa nama lagi.

Dalam dokumen yang disiarkan oleh blog itu ada, penulis memberikan contoh bagaimana DAP sakau’ duit peruntukan bagi sesuatu projek / program.
Contohnya seperti berikut:

Hong Chae Enterprise
Jumlah invois: RM 10,000.00
Potongan 5% untuk ADUN DAP: RM500.00 Bersih : RM9,500.00
Cheque paid (no name given) /Cek dikeluarkan tiada nama: 5,000.00
Net / Bersih: RM4,500.00 DAP Serdang

Sebab itulah menurut penulis, mendiang Teoh berdepan dengan tekanan kerana tidak bersetuju dengan kegiatan ‘songlap’ wang kerajaan yang dilakukan oleh beberapa ADUN DAP tersebut. Selain di DUN Sg Pelek , DUN Teratai, Kajang dan Balakong turut disebut dalam tulisan blog berkenaan.

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan melalui blog tersebut, mungkin siasatan menyeluruh perlu dibuat apakah mendiang Teoh berhadapan dengan ancaman atau tekanan yang melampau hingga membawa kepada tragedi yang menimpanya.

Sebab sejak kematian beliau, tuduhan dilemparkan kepada SPRM, polis dan kerajaan. Bertalu-talu serangan dibuat oleh pembangkang. Kematiannya memang satu misteri. Soalnya apakah blog misteri ini cuba memberi petunjuk sebab musabahnya.

No comments: