Wednesday, August 3, 2011

BN PP Zainal Abidin Osman– Guan Eng cuba timbulkan kebencian antara kaum



KEPALA BATAS 1 Ogos –

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menyifatkan tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.

Zainal Abidin yang juga Timbalan Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang berkata, kenyataan Guan Eng itu dilihat cuba untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian antara kaum.

"Dia (Guan Eng) kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.

"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjuan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas di sini hari ini.

Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Guan Eng yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.

Katanya, beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri. – Bernama

No comments: