Tuesday, August 16, 2011

PAS DAH MULA BERSIAP SEDIA ..................


PAS akan mengadakan Munajat Perdana serentak di seluruh negara pada 26 Ogos ini untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.


Menurut pengarah programnya Idris Ahmad berkata program itu terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia manakala tempatnya akan ditentukan oleh Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS di negeri masing-masing.


Program akan bermula dengan solat terawih sehingga berakhir selepas subuh 27 Ogos.


Menariknya, mereka yang hadir ke program ini bakal mendengar amanah dari kepimpinan tertinggi parti yang dipancarkan secara langsung melalui internet.

Antaranya ucapan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan ucapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan berucap dari Masjid Rusila, Terengganu.


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pula akan berucap di Kota Bharu dan turut disiar secara langsung ke seluruh program munajat di seluruh negara.



"Semoga program ini akan memberi kekuatan baru kepada petugas-petugas untuk menghadapi cabaran yang begitu mencabar di dalam PRU 13.


"Selain daripada kita mengatur strategi maka akhirnya kepada Allah untuk memohon pertolongan agar segala halangan akan dapat kita hadapi dengan tabah," katanya.



No comments: